BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 17 September 2011

MINGGU 3 - Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian.
Mengajar dan menguji merupakan suatu lumrah di dalam kerjaya seorang guru. Setiap yang diajari, akan diuji bagi melihat sejauh mana keberkesanan teknik pengajaran, dan sejauh mana murid-murid mampu memahami pengajaran beliau. Sebagai seorang guru bahasa, penguasaan kita bukanlah sekadar kepada kemahiran bahasa semata-mata, namun merangkumi juga kehebatan kita dalam teknik menguji dan menilai kemahiran tersebut.
Bagi menguji ataupun mengadakan sesebuah ujian, seorang guru perlulah mempunyai satu taburan bentuk soalan yang dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ataupun dahulunya dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). Perihal mengenai JSU ini telahpun dibincang secara jelasnya pada halaman yang sebelumnya.
Membina soalan bukanlah suatu pekerjaan yang sewenang-wenangnya. Guru-guru haruslah mematuhi prinsip-prinsip utama dalam membina JSU. Hal ini bagi memastikan keberkesanan dan kesahan sesuatu soalan tersebut. Justeru itu, sebelum mereka sesuatu soalan, prinsip-prinsip dalam membina JSU haruslah diketahui dan dikuasai dengan sebaik mungkin.
 Prinsip-prinsip Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Sebelum memulakan ataupun merancang sesuatu ujian, guru haruslah menyediakan satu JSU yang tepat sebagai panduan bagi menggubal soalan. Pembinaan JSU merupakan suatu kondisi yang kritikal sebelum membina sesebuah ujian. Ketepatan JSU menjamin keputusan yang cemerlang dan ketepatan dalam mengukur keberkesanan p&p, dan sebaliknya. Oleh yang demikian, JSU dilengkapi dengan enam prinsip yang menjadi panduan tetap dalam membina JSU yang tepat.
 Kandungan Ujian
Guru hendaklah jelas dan spesifik mengenai kemahiran bahasa dan juga aspek bahasa yang ingin diuji. Hal ini diperolehi melalui kajian, pemahaman, dan penghayatan yang mendalam terhadap Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Kajian terhadap HSP memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kehendak dan objektif penggubalan sesuatu kurikulum. Berikut merupakan antara fokus utama dalam menganalisis sesuatu sukatan pelajaran.
a)         Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b)         Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c)         Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d)         Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e)         Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk
Setelah penelitian dijalankan, guru dapat pula menyusun dan membahagikan prospek-prospek soalan dengan tepat. Maklumat di atas juga penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itulah yang bakal menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk.
Kemahiran
Setelah mengkaji dan memahami HSP, guru seterusnya harus menganalisis HSP bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai sesuatu kurikulum. Analisis ini dijadikan petunjuk kepada pemilihan pengetahuan serta kemahiran yang bakal diuji di samping menentukan tahap kesukaran sesuatu soalan. Kebiasaannya, hal ini berkait rapat dengan Taksonomi Bloom. Taksonomi ini menjadi rujukan dalam membina sesuatu soalan. Aras yang hendak diuji haruslah mengikuti dan mematuhi taksonomi bagi memastikan soalan yang digubal adalah tepat dan memenuhi kehendak sesuatu ujian. Para guru haruslah mengelak daripada mereka suatu soalan secara semberono kerana mungkin merugikan kedua belah pihak; guru dan pelajar. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993) ujian yang baik tidak boleh dibina dengan sewenang-wenangnya, malah memerlukan perancangan yang teliti. Perancangan yang baik dan teliti adalah langkah pertama dalam membentuk ujian yang berkesan. Berikut  merupakan enam spesifikasi ujian yang telah disenaraikan oleh Bloom.
TAHAP
ISTILAH
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.
Nyatakan, terangkan,namakan, labelkan.
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan,
tulis semula.
Penggunaan
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.
selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Enam spesifikasi ujian yang telah disenaraikan oleh Bloom.
 Wajaran
Grondlund (1977:18) telah mengatakan bahawa:

The key to effective achievement testing is careful planning. It provides greater assurance that our test will measure relevant learning outcomes… measure a representative sample of the desired behaviours… and provide dependable information on which to base instructional decisions… Test planning insolves the identification and specification of precisely what is to be measured.

Petikan di atas jelas menyatakan kepentingan merancang dan menggunakan perancangan sesuatu ujian. Wajaran merupakan peratusan item mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk (Rukiah Ahmad Tabon; 2008). Ketepatan wajaran penting bagi menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang hendak diuji. Jika dikaitkan dengan Taksonomi Bloom, wajaran sesuatu ujian adalah seperti berikut:
Tahun
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 3
2
Pengetahuan danPemahaman (0-30%)
Aplikasi danAnalisis(60-65%)
Sintesis danPenilaian(10-15%)
3
Pengetahuan danPemahaman (0-20%)
Aplikasi danAnalisis(30-40%)
Sintesis danPenilaian(40-60%)
4
Pengetahuan danPemahaman (0-10%)
Aplikasi (10-15%)
Analisis, Sintesis danPenilaian (>75%)

Wajaran sesuatu ujian
Justeru itu, sesi p&p haruslah dijalankan dan dinilai sebagaimana yang dikehendaki oleh taksonomi. Hal ini mengelak daripada terjadinya penggubalan soalam yang melibatkan topik-topik yang belum dipelajari.
Bentuk Ujian
Pembinaan soalan  melibatkan pelbagai jenis soalan mengikut kemampuan dan tahap calon yang bakal mendudukinya. Antara jenis soalan yang popular adalah seperti kerja kursus, amali, esei, subjektif, dan juga objektif. Namun, bagi pelajar-pelajar tahap satu mahupun tahap dua, aras soalan yang paling sesuai bagi mereka adalah pada soalan yang berbentuk objektif dan juga subjektif. Sungguhpun ada juga soalan yang memerlukan mereka membuat karangan, soalan tersebut adalah sesuai pada tahap mereka mengikut kemampuan yang telah dianalisis.
Bilangan Item
Bilangan item merujuk kepada jumlah soalan yang bakal digubal mengikut taksonomi Bloom. Seperti yang dibincangkan sebelumnya pada bahagian wajaran. Bilangan soalan yang bakal dikemukakan mempengaruhi cara guru mengajar dan memberi penekanan terhadap sesuatu tajuk. Tajuk-tajuk yang diberi penekanan lebih secara logik faktanya merupakan soalan utama sesebuah ujian. Bilangan item ataupun soalan yang bakal digubal mengikut tajuk dan sukatan ini dikira sebagai mana formula berikut.
Pengiraan yang sebegini amat penting bagi memastikan fokus ujian ataupun objektif ujian itu tercapai.
Aras
Pembinaan sesuatu soalan dan penentuan aras kesukarannya haruslah dirujuk kepada isi kandungan serta HSP. Kedua perkara inilah yang menentukan tahap kemampuan dan keupayaan murid untuk menjawab sesuatu soalan. Guru haruslah memerhati dan menilai sejauh mana potensi murid, bukannya membina sesuatu soalan berdasarkan sifat “syok sendiri”. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bagi memastikan pencapaian pelajar setara dengan apa yang diharapkan.
Penentuan aras soalan ini sebenarnya berkait langsung dengan kelima-lima item yang telah dibincangkan di atas. Taksonomi Bloom juga induk utama dalam memastikan aras adalah sesuai dengan keadaan pelajar. Tugas guru dalam mengenal pasti potensi amat penting agar soalan yang digubal adalah sia-sia dan mengelak keraguan di dalam sesuatu keputusan ujian.
Sebagai contoh, sebagaimana diperbincangkan dalam item Bentuk Ujian. Pelajar-pelajar tahun 1 tidak sesuai menjawab soalan yang melibatkan kemahiran ataupun taksonomi yang tinggi seperti analisis, mahupun sintesis. Pada tahap permulaan, biarkan mereka menguasai aspek pengetahun dan kefahaman dengan menjawab soalan-soalan berbentuk padanan mahupun soalan objektif berjawapan pendek mahupun jawapan terhad. Begitulah sebaliknya dengan pelajar-pelajar tahun enam. Soalan-soalan aras rendah seperti suai padan, ataupun yang hanya menguji kemahiran pengetahuan mereka adalah tidak sesuai dan dibimbangkan mewujudkan perasaan bosan dalam diri pelajar. Pada usia begini, soalan-soalan yang melibatkan aplikasi, sintesis, analisis, dan penilaian lebih sesuai dan mencambahkan pemikiran muda mereka.
Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual spesifikasi ujian merupakan satu item penting dalam menjadikan sesuatu ujian mahupun penilaian mencapai kualiti yang terbaik. JSU menjamin ujian yang dibentuk, adalah dalam keadaan berstruktur dan mempunyai objektif yang jelas. Bukan sahaja menguji pengetahuan, namun pada masa yang sama menajamkan lagi kefahaman murid. Objektif ujian haruslah dicapai melalui ujian yang diadakan. Ujian yang tidak mempunyai objektif adakalanya membebankan murid dan juga pihak lain yang terlibat. Namun, secara purata besar, ujian-ujian yang diadakan sememangnya mempunyai objektifnya yang tersendiri.
JSU juga memastikan wujudnya keseimbangan di antara tajuk-tajuk dengan aras kemahiran. Hal ini penting bagi mengelak daripada timbulnya masalah seperti penyoalan soalan yang topiknya belum dipelajari. Juga wujud jumlah soalan yang banyak mengenai sesuatu topik sedangkan topik tersebut merupakan topik picisan. Hal yang sebegini menimbulkan keraguan serta curiga pelajar mengenai sesuatu topik.
JSU juga merupakan satu panduan induk bagi menggubal sesuatu soalan. Sekiranya guru yang terbabit dengan penggubalan soalan tidak dapat hadir, soalan masih boleh digubal berpandukan JSU yang telah sedia ada. Ini memudahkan kerja serta menjimatkan tenaga.
Araskesukaran kebiasaannya menjadi topik utama semasa membina soalan. Bagaimana cara menentukan aras yang tepat bagi sesuatu soalan bukannya mudah. Namun, apa yang dibimbangi ialah, kestabilan dalam menentukan aras tergugat dengan perubahan semasa. JSU yang tepat mampu mengembalikan kestabilan aras kesukaran. Soalan yang dibina tidaklah sukar sepanjang masa, dan tidaklah mudah sepanjang masa, namun dibuat dengan tertib bagi mencapai objektif ujian.
LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU
1.Langkah Pertama
§  Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
2. Langkah Kedua
§  Tentukan soalan yang hendak dibina
§  Objektif
§  Jumlah soalan bagi setiap topik.
3. Langkah Ketiga
§  Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
4. Langkah Keempat
§  Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).
5. Langkah Kelima
§  Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
§  Menentukan aras kesukaran soalan
§  Penetapan markah
6. Langkah Keenam
§  Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk

0 comments: