UJIAN OBJEKTIF
Ujian objektif merupakan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat, menggaris gerak balas (respon yang tepat) di samping mempunyai hanya satu jawapan yang betul. (Rukiah Ahmad Tabon; 2008)
Ujian objektif pula dibahagikan kepada dua item iaitu item pilihan jawapan bebas, dan item pilihan jawapan tetap.
Item Pilihan Jawapan Bebas
Item pilihan jawapan bebas memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan. Soalan ini boleh digubal samada berbentuk soalan, pernyataan tergantung, jawapan pendek atau item melengkapkan seperti mengisi tempat kosong, dan melengkapkan ayat. Contohnya;
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 17
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan menunaikan zakat?
__________, _________, __________, ___________
Item jawapan melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging dan tumbuhan dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
a. Terengganu __________
b. Pahang __________
Item Pilihan Jawapan Tetap
Item pilihan jawapan tetap merupakan item yang memerlukan murid memilih jawapan, bukannya memberi jawapan sebagaimana item pilihan jawapan bebas. Item ini biasanya hadir dengan soalan-soalan yang berbentuk item betul/salah, item memadankan, item pengelasan, item susun semula, dan item aneka pilihan. Item aneka pilihan dapat pula dibahagikan kepada beberapa jenis pula iaitu bentuk soalan, ayat tidak lengkap, jenis jawapan terbaik, jenis negatif, interpretif, dan cantuman. Contoh soalan adalah seperti:
1. Aneka pilihan
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses
A. pemeluwapan
B. penyulingan
C. pendidihan
D. elektrolsis
Bagi soalan-soalan aneka pilihan, soalan yang digubal mempunya empat unsur utama iaitu pokok soalan, opsyen, kata kunci, dan juga pengganggu.
Contoh :
Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses – stem
A,B,C,dan D – opsyen
A,B, dan C – pengganggu
D – jawapan
2. Ayat tidak lengkap
Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul.
Contoh :
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadap
A. kemasukan buruh asing beramai-ramai
B. industri membuat tin berkembang pesat
C. migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar
D. industri perlombongan bijih timah berkembang pesat
3. Jenis jawapan terbaik
Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi?
A. Memeriksa soalan demi soalan
B. Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati
C. memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan
D. Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah
4. Jenis Item Negatif
Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali
A. sesuai digunakan untuk ujian sumatif
B. dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi
C. jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif
D. boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan
5. Jenis interpretif
Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan
Contoh:
Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada
A. internet
B. perdagangan
C. telekomunikasi
D. pengangkutan
6. Jenis Cantuman atau Gabungan
Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul
Contoh:
Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu?
I. Jong
II. Rakit
III. Perahu
IV. Kapal layar
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Soalan-soalan objektif hendaklah digubal dengan mengikut spesifikasi Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, sintesis, analisis, dan penilaian.
UJIAN SUBJEKTIF
Soalan subjektif atau esei merupakan suatu bentuk soalan yang memerlukan pelajar untuk memberi tindak balas, jawapan, dan respon samada melalui lisan mahupun tulisan. Ia mempunyai dua bentuk tindak balas iaitu tindak balas berbentuk terhad dan juga tindak balas berbentuk lanjutan. Jawapan terhad memerlukan pelajar untuk menjawab soalan secara dalam satu ayat ataupun hanya menggunakan satu perenggan manakala jawapan lanjutan merupakan esei penuh yang menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Jawapan Pendek
Terhad apa yang harus dijawab. Contoh soalan
- senaraikan lima komponen utama …
- nyatakan tiga kelebihan …
- apakah definisi … mengikut …?
Soalan Berstruktur dan Esei Lanjutan
Soalan-soalan yang berbentuk sebegini membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikirkan sesuai di samping dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara bebas . Soalan sebegini juga digunakan bagi menguji peringkat kemahiran yang lebih tinggi seperti aras sintesis, analisis, dan penilaian. Contoh;
- Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara
- Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi.


0 comments:
Post a Comment